Dari Butang Menu
-
Memahami erti bekam - Oleh ZUARIDA MOHYIN Gambar HARUN OSMAN SEORANG ahli bekam dari California, Amerika Syarikat, Dr. Michael Reed Gach dalam bukunya, Potent Poins: a Guide to...15 years ago
-
Makanan ROHANI pengubat HATI - Salam perjuangan.,saya ingin mengingatkan diri dan sahabat2 sekalian kesan memperbanyakkan zikir terhadap otak.kita perlu sedar bahawa manusia adalah insan...15 years ago
-
Program Malam Ukhwah Mahabbah Exco Dakwah & Kebajikan - Pada 6/12/2009 bersamaan 19 zulhijjah 1430,Exco Dakwah dan Kebajikan Al-Azhar Members(ALAM)menganjurkan Program Malam Ukhwah Mahabah.Majlis tersebut diadak...15 years ago
-
Net TV ALAM
Terkini ALAM
Karnival Jom Ke Masjid II
dipetik dari blog Dr Syafie
KUIS: Jumaat 9 Sya`ban = 31 Julai malam: ADUN Bangi dijemput merasmikan karnival masjid yang bertempat di Masjid Al-Azhar KUIS anjuran ahli Kelab Masjid dan Masjid al-Azhar sendiri. Tujuan diadakan karnival ialah bagi menarik warga kampus mengimarahkan masjid yang berada di tengah-tengah bangunan dan kawasan kampus, khususnya menjelang dan tibanya Bulan Ramadhan. Berbagai-bagai kegiatan diadakan sepanjang karnival yang berlangsung selama seminggu (31 Julai- 7 Ogos). Antara kegiatan ialah kuliah agama, ceramah perdana, munajat, zikir, bacaan ma`thurat, bicara siswa, diskusi ilmiah HAWA, bicara ad-din, sukan dalaman, perlawanan bola sepak, pertandingan nasyid dan kesenian Islam.
Dalam majlis perasmian yang dihadiri lebih kurang 50 pelajar itu ADUN mencadangkan masjid seharusnya bersifat terbuka. Contoh sebahagian pengajaran yang bersesuaian hendaklah dilakukan di masjid, tokoh-tokoh ilmuan dan pensyarah dari luar hendaklah dijemput untuk menyampaikan ilmu, ruang bagi orang ramai dari luar kampus hendaklah dibuka bagi mereka ingin turut hadir. Jika perlu pelajar-pelajar hendaklah wajib hadir berjamaah setiap waktu solat fardu.
Post a Comment