feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count
*Pastikan Anda Membuka Weblog Ini Dengan Mozilla Firefox
"Pastikan Komputer Anda Telah Di "Install" Flash Player dan Mozilla Firefox".

Dari Butang Menu

Net TV ALAM

Terkini ALAM

"Antara Orang Yang Akan Mendapat Perlindungan Di Padang Mahsyar Ialah Pemuda Yang Selalu Ke Masjid (KAKI MASJID)"

kepada sahabat-sahabat
Mahasiswa KUIS
semoga pencapaian semester ini lebih baik
daripada semester lepas.

Kami memohon maaf atas telah lama blog ini tidak update kerana kami sedang menyusun pimpinan baru 10/11

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa

ALAMedia

“MAAL HIJRAH KITA PENYAMBUNG HIJRAH RASUL”

Salam Maal hijrah wat Seluruh Muslimin dan Mulimat,Selamat Menyambut tahun baru hijrah 1431.Sempat saya bertanya kepada rakan-rakan kampus untuk perancangan cuti maal hijrah ini.Ada yang menjawap ingin pulang ke kampung,ada juga yang menjawap terpaksa menghadiri progam wajip fakuiti.Ada juga yang menjawap untuk tinggal diasrama dan menyiapkan kerja yang ditugaskan oleh pensyarah.Bukan pesoalan ini saya ingin bawa dalam ini tapi saya terfikir sejak akhir-akhir ini sambutan atau perayaan seperti Maal hijrah,malidul rasul,malam nisfu saaban dan sebagainya hanyalah semata-mata perayaan tapi adakah sambutan ini dihayati maksud sebenarnya disebalik peristiwa sejarah tersebut.

klik disini untuk baca seterusnya



Nikmat Kerahsiaan Yang Menghakis Iman

1092


IDENTITI TERSEMBUNYI

Keunikan medan internet, ialah pada kemudahan menyembunyikan identiti. Kita boleh menulis, memuji, mengkritik, malah menghina dan memfitnah, tanpa perlu bertanggungjawab ke atas apa yang ditulis. Adakalanya apa yang ditulis itu sangat besar kesannya hingga boleh mencetuskan mudarat ke atas mangsa. Tetapi pemangsa tidak perlu peduli tentang hal itu kerana identitinya selamat terselindung, terutamanya apabila komen ditulis dengan identiti dan email yang tidak benar, atau menggunakan perkhidmatan hosting blog percuma seperti di Blogspot dan Wordpress.

klik disini untuk baca seterusnya



Wajib Berdakwah Walaupun Diri Belum Sempurna

Ramai orang mengetahui bahawa tugas berdakwah adalah wajib ke atas setiap individu. Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah disebabkan oleh beberapa kekeliruan. Antara kekeliruan yang sering timbul adalah menanti kesempurnaan diri sebelum memulakan dakwah. Hal ini menyebabkan sebahagian daripada umat Islam tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran kerana merasakan
amalannya belum cukup mantap dan dirinya masih diselimuti dengan banyak kelemahan.

Klik disini untuk baca seterusnya.



ALAM Edar Risalah Tinta Pimpinan





Sempena dengan kemasukan pelajar baru ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada sesi kemasukan kali ini, Kelab al-Azhar Members (ALAM) akan mengedarkan risalah Tinta Pimpinan ALAM 08/09 yang dikeluarkan untuk pelajar-pelajar baru.

Risalah Tinta Pimpinan ALAM memuatkan tulisan-tulisan hasil karya penulis-penulis terkenal yang terdiri daripada pimpinan ALAM sendiri. Menurut ketua Exco Akademik & Penyelidikan ALAM, Muhammad Fakhrur Razi yang terlibat secara langsung menyiapkan risalah ini, tujuan Tinta Pimpinan ALAM 08/09 ini dikeluarkan bagi menjana pemikiran mahasiswa dan memuatkan perkongsian ilmu untuk dimanfaatkan secara bersama.

Semoga usaha murni ini dapat dimanfaatkan secara menyeluruh oleh semua warga KUIS.



Puasa Enam Mendapat Ganjaran Puasa Sepanjang Tahun

Oleh: Ust. Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Adalah menjadi lumrah bagi kebanyakan umat Islam untukmenggiatkan aktiviti ibadah pada sepanjang bulanRamadan. Ini adalah kerana pada bulan yang penuhberkat ini Allah 'Azza wa Jalla membuka pintu langitdengan seluas-luasnya untuk menurunkan limpahanrahmat-Nya kepada sekalian hamba-hamba-Nya. Pada bulanyang mulia ini juga segala amalan-amalan berbentukketaatan kepada-Nya akan naik secara terus kepada-Nya.Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

"Apabila masuk bulan Ramadan, maka pintu-pintu langit dibuka"
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, no: 1899)

Namun demikian apabila Syawal menjelma terdapat ramai umat Islam yang mula lalai serta alpa dalam mengerjakan ibadah. Syawal di lihat seperti bulan untuk berehat dari melakukan amal-amal soleh dan digantikan dengan pesta pembaziran, pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita, memakai pakain yang tidak mengikut spesifikasi syari’at, temasya menonton rancangan televisyen yang berunsur hedonis dan lain-lain lagi. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana pada bulan Ramadan umat Islam seolah-olah berada di dalam sebuah institusi latihan untuk membentuk insan yang bertaqwa dan setelah tamat latihan tersebut ia sepatutnya dapat membantu seseorang untuk mengekalkan ketaqwaan tersebut pada baki sebelas bulan lagi.


Justeru itu seluruh umat Islam sewajarnya mengekalkan peningkatan dalam tahap mengerjakan amal ibadah padabulan Syawal dan bulan-bulan yang lain. Di antara bukti bahawa Ramadan telah berjaya membentukkeperibadian yang tinggi terhadap seseorang dalammenjadi insan yang bertaqwa adalah dengan mengerjakan puasa sunat Syawal atau lebih dikenali dengan puasa enam bagi masyarakat kita. Dalil disyari’atkan ibadah puasa sunat Syawal adalah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

"Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringinya
dengan puasa enam hari di bulan Syawal,maka seolah-olah
dia telah berpuasa sepanjang masa. "
(Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, no: 1164)

Menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawakeutamaan puasa sunat pada bulan Syawal adalahseolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:

Barangsiapa berpuasa enam hari pada bulan Syawal setelah Ramadan maka seakan-akan dia berpuasa fardu setahun. Ini adalah kerana satu kebaikan di balas dengan sepuluh kali ganda sepertinya. Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari (pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan dengan 60 hari),yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke atashamba-Nya. – Taudhih al-Ahkam min Bulughul Maraam,jilid 3, ms. 576, Pustaka Azzam.

Cara yang paling utama untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah Hari Raya Aidilfitri secara langsung (iaitu pada tarikh 2 Syawal), berturut-turut sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulamak. Ini jugamerupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafi’i. Namun begitu seseorang juga bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahan mahupun akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut mahupun berpisah-pisah.

~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
* INSPIRING DAKWAH, LEADING THE UMMAH *



SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN


Kami pimpinan Al-Azhar Members,Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor mengucapkan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat



Hukum Ringkas Puasa Ramadhan

Menyambut Ramadhan, banyak acara digelar kaum muslimin. Di antara acara tersebut ada yang telah menjadi tradisi yang “wajib” dilakukan meski syariat tidak pernah memerintahkan untuk membuat berbagai acara tertentu menyambut datangnya bulan mulia tersebut.
Puasa Ramadhan merupakan salah satu dari kewajiban puasa yang ditetapkan syariat yang ditujukan dalam rangka taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah k. Hukum puasa sendiri terbagi menjadi dua, yaitu puasa wajib dan puasa sunnah. Adapun puasa wajib terbagi menjadi 3: puasa Ramadhan, puasa kaffarah (puasa tebusan), dan puasa nadzar.

[Baca seterusnya.]



Hukum Ringkas Puasa Ramadhan

Menyambut Ramadhan, banyak acara digelar kaum muslimin. Di antara acara tersebut ada yang telah menjadi tradisi yang “wajib” dilakukan meski syariat tidak pernah memerintahkan untuk membuat berbagai acara tertentu menyambut datangnya bulan mulia tersebut.
Puasa Ramadhan merupakan salah satu dari kewajiban puasa yang ditetapkan syariat yang ditujukan dalam rangka taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah k. Hukum puasa sendiri terbagi menjadi dua, yaitu puasa wajib dan puasa sunnah. Adapun puasa wajib terbagi menjadi 3: puasa Ramadhan, puasa kaffarah (puasa tebusan), dan puasa nadzar.

[Baca seterusnya.]



KEUTAMAAN BULAN RAMADHAN

1. Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu:

Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa’.” (HR. Ahmad dan An-Nasa’i)

[Baca seterusnya.]



Karnival Jom Ke Masjid II

dipetik dari blog Dr Syafie
KUIS: Jumaat 9 Sya`ban = 31 Julai malam: ADUN Bangi dijemput merasmikan karnival masjid yang bertempat di Masjid Al-Azhar KUIS anjuran ahli Kelab Masjid dan Masjid al-Azhar sendiri. Tujuan diadakan karnival ialah bagi menarik warga kampus mengimarahkan masjid yang berada di tengah-tengah bangunan dan kawasan kampus, khususnya menjelang dan tibanya Bulan Ramadhan. Berbagai-bagai kegiatan diadakan sepanjang karnival yang berlangsung selama seminggu (31 Julai- 7 Ogos). Antara kegiatan ialah kuliah agama, ceramah perdana, munajat, zikir, bacaan ma`thurat, bicara siswa, diskusi ilmiah HAWA, bicara ad-din, sukan dalaman, perlawanan bola sepak, pertandingan nasyid dan kesenian Islam.

Dalam majlis perasmian yang dihadiri lebih kurang 50 pelajar itu ADUN mencadangkan masjid seharusnya bersifat terbuka. Contoh sebahagian pengajaran yang bersesuaian hendaklah dilakukan di masjid, tokoh-tokoh ilmuan dan pensyarah dari luar hendaklah dijemput untuk menyampaikan ilmu, ruang bagi orang ramai dari luar kampus hendaklah dibuka bagi mereka ingin turut hadir. Jika perlu pelajar-pelajar hendaklah wajib hadir berjamaah setiap waktu solat fardu.



KARNIVAL JOM KE MASJID BERJALAN LANCAR

Ahad,02 Ogos 2009,Karnival Jom Ke Masjid 2 Al-Azhar Members,Masjid Al-Azhar,KUIS berjalan lancar.Setakat pukul 11 pagi ini program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang meriah dari Mahasiswa KUIS.Progam ini dirasmikan oleh YB Dr Syafie Abu Bakar Adun Bangi pada jumaat 31 julai 2009.Dari Exco Penerangan & Multimedia mendoakan supaya program ini berjalan lancar hingga ke Akhirnya hendaknya dan diberkati oleh Allah program ini insyaAllah.



KENYATAAN RASMI AL-AZHAR MEMBERS(ALAM)


Kelab Al-Azhar Members(ALAM) memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang berlaku.Adalah Dimaklumkan bahawa ALAM tidak terlibat secara lansung dan tidak lansung dengan kejadian tersebut(SPOT CHECK).Untuk pengetahuan,semua pimpinan ALAM tidak berada di tempat kejadian memandangkan kami sedang mengadakan program bersama Ust.Mohd Farid Ravi Abdullah(Nazir,Masjid Al-Azhar).Sehubungan dengan itu kami memohon kerjasama daripada semua pihak yang menjadi mangsa atau memiliki maklumat untuk tampil bagi menyelesaikan masalah ini.Sebarang Aduan Atau maklumat boleh disalurkan terus kepada:

1)Jabatan Pembangunan Mahasiswa(JPM)
2)Pejabat Al-Azhar Members,Masjid Al-Azhar
3)Atau menghubungi nombor berikut:

Sdr. Mohd Fahmi Bin Iberahim -Presiden ALAM
Sdr. Akmal- Setiausaha ALAM

Kerjasama semua pihak adalah sangat kami harapkan

Yang benar,

Presiden Al-Azhar Members



ISTIADAT KONVOKESYEN KE 12 MERIAH

18/07/2009,Sabtu.Istiadat konvensyen ke 12 kolej universiti Islam Antarabangsa Selangor meriah dengan penuh istiadat berjalan dengan lancar.Majlis ini bermula Khamis lalu dengan perasmian oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.Istiadat penyampaian ini disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor.



Pendakwah dituntut bersikap lemah lembut, sentiasa sabar

ABU Burdah berkata: "Rasulullah mengutus ayahku, Abu Musa dan Muaz ke Yaman. Nabi berkata: Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan bersedia sekatalah kamu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam berdakwah ada tatacara yang perlu diamalkan supaya segala apa disampaikan menjadi ikutan. Antaranya, kita dilarang daripada menyukarkan manusia melakukan ketaatan kepada Allah.

[Baca seterusnya.]



DIALOG ALAM(KUIS) DAN I-RAKAN(UNISEL)

Sabtu,20/06/2009,Dialog Al-Azhar Members(ALAM)Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor bersama Kelab I-RAKAN Universiti Industri Selangor(UNISEL) berlansung di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[baca seterusnya]



“Semarakkan Ukhuwwah, Gerakkan Dakwah”

Kelab al-Azhar Members (ALAM) melangkah setapak lagi ke hadapan dalam melalui rentetan babak-babak perjuangannya dengan penganjuran Malam Ukhuwwah Perdana baru-baru ini. Malam Ukhuwwah Perdana yang bertemakan “Semarakkan Ukhuwwah, Gerakkan Dakwah” itu menghimpunkan seluruh persatuan dan warga KUIS dalam usaha merapatkan hubungan silaturrahim demi menggerakkan usaha dakwah di kampus ini. Program tersebut dianjurkan bertujuan untuk menjelaskan lagi peranan ALAM sebagai peneraju dakwah kampus disamping merapatkan lagi kelab ini dengan seluruh warga KUIS.

[Baca seterusnya.]



Apa salahnya ALAM?



Panas juga telinga pabila mendengar 'segelumang' dari Persatuan diKUIS ni yang dalam perjumpaan mereka menghasut pelajar2 baru supaya menjauhi ALAM yang kononnya dikatakan 'kelab politik'.

Dangkalnya otak pimpinan persatuan itu ya,cetek ilmunya. Dan angkuh sungguh dia!

Maaf jika ia kasar, tapi ingin sekali saya bertanya kepada yang semua empunya persatuan diKUIS ni, pernahkah 'sekali' ALAM menghasut pelajar terutama pelajar baru agar hanya memilih ALAM, dan jangan memilih persatuan lain?

Dan pernahkah ALAM mengganggu dan melabel segala gerak kerja mereka yang kadang2 buat program yang macam2 dan entah2 halatujunya dengan apa2 gelaran?

Saya bukan orang ALAM, tapi sangat sayangkan ALAM kerna istiqomahnya memperjuangkan pembentukan nilai peribadi Muslim yang berfikrah jelas, beribadah sahih dan berakhlak mulia. Program tarbiyah yang tak putus2 menguatkan azam saya untuk terus bersama ALAM dan membantunya.

Maka suka menasihatkan segalamacam persatuan yang ada diKUIS ini, supaya tidak menjadi "munafiq" dengan mengata di sana2 sini tetapi takut berhadapan muka. Jika ALAM ada kesalahan dengan kamu, tampil dan berdepan secara jantan.

[atikel dipetik dari minda haraki]




BADAR selaras dengan Peraturan KUIS

Saban hari,banyak masalah yang timbul antaranya isu berkaitan couple.Dalam Peraturan Tatatertib Pelajar-Pelajar KUIS telah mengariskan :-
a) Sebarang pertemuan,temujanji dan berpasangan diantara bukan mahram dikawasan tertutup atau terbuka adalalah dilarang dalam syariat islam kerana menimbulkan syak wasangka.- sebarang pertemuan di kafe,asrama adalah dilarang sama sekali
b) Pelajar dilarang bersekedudukan atau mengunjungi kediaman bukan mahram.

[Baca seterusnya.]



MARI SERTAI PROGRAM JEJAK ASHABUL KAHFI 2

  Al-Azhar Members dan Masjid Al-Azhar KUIS akan mengadakan program Jejak Ashabul Kahfi 2 bermula jumaat ini dan berakhir Ahad.Bertempat di Masjid Al-Azhar KUIS.Butiran lanjut seperti berikut:


Tarikh:5-6 Jun 2009
Tempat:Masjid Al-Azhar KUIS
Bayaran:RM 10

Hubungi:019-7667453(ust.Izat)




Perutusan Presiden ALAM sempena pembukaan sem Baru

Mungkin belum terlewat untuk ana ucapkan selamat datang, ahlan wasahlan wamarhaban bikum untuk semua pelajar-pelajar semester baru ke bumi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor KUIS. Sehingga pagi tadi (12 Mei)ana difahamkan oleh pengarah program minggu ta'aruf bahawa bilangan pelajar-pelajar baru yang mendaftar diri adalah seramai lebih kurang 1000 orang. Bilangan pelajar yang mendaftar tidaklah penting bagi ana walaupun hakikatnya ana lebih selesa dengan bilangan yang sedikit kerana secara jujurnya KUIS belum bersedia untuk menerima pelajar yang terlalu ramai atas banyak faktor.

[Baca Seterusnya]
[link]



SELAMAT DATANG KE TAMAN ILMU











Ahli GAMIS Digesa Hidupkan Wacana Intelektual

Dari Pimpinan - Pandangan
Ditulis oleh Admin
Selasa, 05 Mei 2009 21:54
Ahli GAMIS di seluruh Malaysia digalakkan untuk mengaktifkan kegiatan wacana ilmu demi mematangkan pemikiran dan mencambahkan pengetahuan.
Setiusaha Agung GAMIS, saudara Syaari ketika ditemui berkata, "Budaya wacana ilmu perlu dihidupkan sebagai satu persediaan untuk menjana negarawan tarbawi yang mampu memenuhi lompang dalam ruang-ruang dalam sektor kerajaan kelak.

[baca seterusnya]



Kerajaan sedia kaji semula akta tangani isu alam sekitar

Berita Harian
7 Mac 2005
ms 03
Nasional


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji semula undang-undang sedia ada jika ia didapati tidak lagi relevan atau gagal mencegah orang ramai daripada melakukan kesalahan membabitkan pemuliharaan alam sekitar, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa mengambil pendirian tegas berhubung aspek perundangan mengenai isu alam sekitar dan menganggapnya penting bagi memastikan ia sentiasa dipulihara.

Beliau berkata, kerajaan sendiri ketika memperkenalkan konsep Islam Hadhari sudah menggariskan 10 prinsip utama pelaksanaannya dan satu daripadanya adalah pemuliharaan alam semula jadi.

“Kerajaan berharap supaya semua pihak lebih bertanggungjawab dan peka terutama dari aspek perundangan, penguatkuasaan, perancangan, kelulusan dan sebagainya.

“Jika ada peraturan yang tidak lagi mempunyai nilai pencegahan, ia perlu dikaji semula,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Khas Masyarakat India dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), di sini, semalam.

[baca seterusnya]




Penyakit waswas

KERAGUAN adalah suatu fenomena lazim yang dihadapi manusia. Ia datang dan hilang tanpa diduga, namun dalam sesetengah kes, perasaan itu sukar dilenyapkan dan berpanjangan sehingga kerap mempengaruhi diri.
KERAGUAN adalah suatu fenomena lazim yang dihadapi manusia. Ia datang dan hilang tanpa diduga, namun dalam sesetengah kes, perasaan itu sukar dilenyapkan dan berpanjangan sehingga kerap mempengaruhi diri.

[Baca seterusnya.]



PRK KUIS

Menjelang 1 hari lagi PRK KUIS,.Perang poster kelihatan di mana-mana tempat tumpuan dibumi KUIS brgemalah seruan untuk memilih wakil mahasiswa untuk mewakili suara Mahasiswa.

[Baca seterusnya.]



Mahasiswa Kuis Kutuk keganasan ZIONIS Laknatullah

Jumaat, 9 Januari, Kuala Lumpur : Hampir 100 orang mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bersama-sama dengan 3,000 mahasiswa Islam seluruh Malaysia berjaya dikumpulkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)untuk berhimpun di depan kedutaan Mesir bagi mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Mesir petang semalam bagi mendesak kerajaan Mesir agar memberi kerjasama dalam membantu rakyat Palestin dan tidak menjadi dalang dalam konflik Israel-Palestin.

[Baca seterusnya.]